CARA NAK KENAL PASTI MASALAH KONPUTER / LAPTOP

HI guyz, 

Hari ni Abe mad akan sharekan sedikit tips untuk mengenalpasti masalah komputer/Laptop. Jangan tertipu dengan servis yang diberikan di kedai yang anda repair. Banyak pelanggan Abe Mad telah tertipu dengan pekedai. "Mereka bagitau motherboard rosak sebenarnya charger yang rosak n macam2 lagi masalah".

 APA YANG PERLU ANDA KENALPASTI DAHULU SEBELUM HANTAR KE KEDAI?


Komputer/Laptop tidak hidup...
1. Check semua cable sambungan.. cuba cabut n pasang balik

2. Buka casing cpu/laptop ... buka klip socket ram.. dan cabut ram.. cuci dengan rubber/pemadam di bahagian bawah yang berwana emas.. cuci, sapu n pasang balik.
Info: Pasang dengan betul, pastikan jangan terbalik.. sila lihat lubang socket tu
Info: Kalau x berani buat sendiri, pergi kat kedai komputer... minta diorang cuci ram n pasang balik.. kalau boleh tengok depan2 lagi baik.. so lepas ni boleh buat sendiri, kalau jadi macam ni lagi

3.Bagi pengguna laptop, sila check charger anda terlebih dahulu. Cuba test charger lain. Sekiranya lampu led charger dekat laptop menyala, bermaksud charger tidak ada masalah.. sekiranya tidak menyala bermaksud port charger di laptop rosak/motherboard yang rosak.

Keyboard Rosak/Sensitif
1.Sekiranya anda lihat butang tertekan sendiri atau tidak boleh tekan bermaksud. Keyboard yang rosak. Sila tukar keyboard baru, sekiranya anda minta pekedai untuk cuci keyboard,ianya akan berfungsi sekejap sahaja. lepas tu akan jadi balik. Anda tidak boleh menukar satu2 button, biasanya kalau nak repair keyboard kena tukar 1keyboard sbb didalamnya satu litar.

Charger/Battery Problem

1.Perhatian:- Jangan bermain laptop yang ada battery sambil mengecas . Ini akan menyebabkan battery cepat kong.

2.Sekiranya anda sambung charger dan terasa ada karen /  berbunyi bila anda mengerakkan wayar charger. Sila tukar charger anda untuk mengelak dari terkena shock.

3.Sekiranya battery anda tidak detect / battery cepat habis. Ini bermaksud battery anda bermasalah. Tukar battery baru. Tetapi sekiranya anda menggunakan laptop anda tidak sampai 1tahun, biasanya ada masalah dengan benda lain.. sila claim warranty di tempat yang anda beli laptop.

Screen Pecah/Rosak

1.Tanda2 screen nak rosak akan keluar beberapa line kuning atau color lain di screen.. anda masih boleh guna. Cuma standby untuk tukar screen. Ada setengah laptop. Anda boleh menggunakan magnet dan letak di bahagian atas line tu n tarik ke hujung.. Kadang2 jadi..Kadang x.. boleh cuba

2.Sekiranya ternampak tompok hitam di screen. Itu bermaksud screen pecah. Biasanya terjadi apabila laptop terjatuh / anda baling laptop / letak sesuatu kat atas laptop. Sila jaga laptop anda..

3.Kipas laptop berbunyi tapi screen x menyala. Perkara ni biasanya berlaku disebabkan screen rosak / ram / motherboard rosak. sekiranya anda nak check, cuba test ram dahulu seperti yang saya bagi tahu kat atas tu. ke2 sambung kable dari laptop ke monitor.. Sekiranya tidak menyala juga bermaksud motherboard rosak.

4.Bila anda on laptop, keluar color pink / ungu di screen. Itu biasanya ada masalah dengan grafik. Kebiasanya sesiapa yang pakai grafic AMD yang mudah terjadi. So sy suggest , sekiranya anda nak beli laptop yang ada grafic. Ambil grafic NVIDIA. Bukannya x terjadi masalah grafic, tapi grafic NVIDIA lagi sejuk berbanding AMD. Dari segi grafic mmg cantik AMD. Susah nak cakap bab grafic ni. Kalau ada masa .. nnt abe mad ceritakan kemudian.. Tapi sekiranya anda tidak mahu ada masalah grafic.. baik pakai INTEL HD  sahaja.. grafic pun  cantik n kurang bermasalah.

😌😰😰😰😰 iTU SAHAJA DARI ABE MAD HARI NI..

Popular posts from this blog

KENAPA KOMPUTER/LAPTOP TIDAK HIDUP?

SERVIS KOMPUTER LAPTOP KOTA BHARU PENGKALAN CHEPA KELANTAN